Perlawanan persahabatan satukan komuniti, warga Polis Belait



​​​​Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

 




BELAIT, Jumaat, 12 Jun. – Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), baru-baru ini menganjurkan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di Padang Bola Ibu Pejabat Daerah Polis Belait.


Perlawanan berkenaan mempertemukan pasukan gabungan Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) dari kawasan Kuala Belait, Panaga dan Seria menentang pasukan pegawai serta anggota polis veteran Daerah Polis Belait.


Hadir menyaksikan perlawanan berkenaan, Penolong Pegawai Daerah Belait, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Pegawai-pegawai Daerah Polis Belait serta penghulu dan ketua-ketua kampung di bawah tadahan Daerah Polis Belait.


Pasukan gabungan PK berjaya meraih kemenangan dengan jaringan 8–5 ke atas pasukan pegawai dan anggota Daerah Polis Belait.


Sebagai tanda penghargaan, cenderamata berupa gambar kenangan telah disampaikan kepada Penolong Pegawai Daerah Belait.


Penganjuran aktiviti berkenaan bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui sukan.


Selain itu, perlawanan berkenaan turut menjadi platform dalam mempererat silaturahim dan memperkukuh kerjasama antara penghulu, ketua-ketua kampung, Ahli-ahli PK, anggota penghubung atau focal point komuniti serta warga Daerah Polis Belait.

Close